Bulan Kebangsaan | Tun Juhar hadir sambutan Hari Pahlawan

2022-09-21 0

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin hari ini menghadiri sambutan Hari Pahlawan serta melancarkan sambutan Bulan Kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Sabah di Padang Merdeka.

Juhar diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah.